
Mungkin ramai yang tidak tahu, termasuk rakyat Kelantan sendiri bahawa di Tumpat, ada beberapa pulau yang berpenghuni. Ia berada di sepanjang delta sungai kelantan sehingga menuju ke muka kuala laut cina selatan. Jarak pulau-pulau ini hanya sekitar 5-10 minit sahaja jika menaiki bot dari daratan ( Jeti Kuala Besar, Kota Bharu) dan sekitar 15km sahaja daripada Pusat Bandar Kota Bharu.
Ketika Bah Kuning Disember 2014, pulau-pulau ini teruk terjejas dan ia hampir merosakkan 80% infrastruktur dan kawasan penempatan mereka disana. Saat kami menyelusuri satu persatu gambar Bah Kuning 2014, perasaan sebak datang menggunung tinggi. Disana, tiada kenderaan lain kecuali motosikal sahaja ekoran tiada jambatan dan boleh diakses hanya melalui bot kecil sahaja. Bayangkan di pulau tiada bank dan pelbagai pusat komersial yang lain. Ekoran daripada tragedi bah itu juga, bekalan air bersih sudah lama terputus . Penduduk banyak bergantung kepada air sungai untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian.

Ia bukan derita baharu yang dialami oleh lebih 300 penduduk pulau di Teluk Renjuna ini, bahkan sudah melebihi lima tahun mereka ‘dahagakan’ bekalan air bersih. Katanya, keadaan air sungai yang payau dan kadang-kala masin itu menjadi sumber utama penduduk di kampung tersebut yang digunakan untuk mandi, membasuh pakaian dan mencuci pinggan “Penat dengan rutin memunggah air sungai ke rumah, kami sambungkan pula paip dan pam air dari sungai untuk disalurkan sehingga ke dalam rumah.

Oleh yang demikian, bertitik tolak daripada permasalahan ini, pihak Yayasan Infaq Infra Malaysia telah mengambil inisiatif untuk membangunkan sebuah projek bekalan air bersih melalui kaedah pembinaan telaga tiub dan juga lengkap dengan proses penapisan air terawat tanpa bahan kimia bagi kegunaan penduduk Kampung Pulau Teluk Renjuna.
Inovasi daripada Universiti Malaysia Kelantan ini harus di terjemahkan dalam bentuk bantuan kepada masyarakat terutamanya di negeri Kelantan yang sedang berdepan saat getir berkaitan isu air bersih. Justeru, pihak yayasan secara lebih serius telah menjalankan rangka kerjasama bersama penyelidik daripada Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT), Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal untuk menjalankan projek pertama air bersih di Pulau Teluk Renjuna Tumpat, Kelantan.

Pihak yayasan memerlukan kos sebanyak RM 500,000 bagi menjayakan misi bekalan air bersih kepada semua penduduk di Kampung Pulau Teluk Renjuna yang mempunyai penduduk seramai 300 buah rumah dan anggaran 1000-1500 isi rumah yang bakal memanfaatkannya.

Smooth, effortless spins combined with straightforward wins create an inviting atmosphere for those trying their hand at online pokies real money, where ease and enjoyment go hand in hand.
Depositing funds at neosurf casino australia offers a straightforward process that suits both newcomers and regular players, making it easy to manage your balance and stay focused on the game.
Seamless payment options like PayID make online pokies in Australia more accessible, while quick wins add an engaging layer that keeps players coming back.
Dalam usaha kami untuk mengubah kehidupan melalui kelestarian, kami memerlukan bantuan anda sebagai sukarelawan untuk membantu kami dalam pelbagai aktiviti.
Dalam usaha kami untuk mengubah kehidupan melalui kelestarian, kami memerlukan bantuan anda sebagai sukarelawan untuk membantu kami dalam pelbagai aktiviti.